“Sekiranya kita mati esok, apa amalan yang akan kita bawa ke SANA nanti?”
Tepuk dada dan tanya hati kita. Jika anda merasakan bekalan anda itu masih tidak mencukupi, marilah kita mulakan Sedekah Jariah kita hari ini kerana ia antara amalan yang akan berkekalan. Pahala sedekah jariah terus mengalir, walaupun kita telah ke alam ABADI nanti.
Kita juga tahu, sekarang dunia sudah menghampiri akhir zaman.
Berbuat baiklah kita, berinfaqlah untuk rumah-rumah ALLAH.
Itulah saham kita untuk akhirat nanti, In sha ALLAH.
Marilah kita membantu penduduk Kampung Belanga, Kuala Krai, Kelantan ini agar mereka dapat menyempurnakan ibadah dengan lebih sempurna dan selesa.
Sesungguhnya, “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membina baginya di dalam syurga (binaan) seumpamanya.” (Hadis Riwayat Muslim)
MasyaAllah, sesungguhnya Allah telah berjanji untuk membina mahligai di Syurga buat para pewakaf yang bersedekah kepada pembinaan Masjid.
Ini adalah peluang yang perlu kita gunakan bagi membantu penduduk di Kampung Belanga, Kuala Krai, Kelantan. Pahala akan terus mengalir selagi mana penduduk menggunapakai Masjid ini untuk beribadah.
Jangan lepaskan peluang saham akhirat ini dengan berwakaf bersama dalam pembinaan Masjid Al-Ehsan Kg Belanga, Kuala Krai, Kelantan buat penduduk kampung serta manfaat masyarakat sekitar dalam menghidupkan lagi agama Allah Taala di atas muka bumi ini.
PILIHAN KAEDAH BERWAKAF BUAT ANDA
Anda boleh berwakaf sama ada:
a. Secara manual
b. Secara online di laman web ini - sila isi borang wakaf di bahagian bawah (resit wakaf disediakan)
a. Wakaf Secara Manual (Terus ke akaun bank Masjid)
Sekiranya anda ingin berwakaf secara manual terus ke akaun bank, di bawah ini kami sertakan maklumat akaun Masjid Al-Ehsan :
Nama : TETUAN JAWATANKUASA MASJID MUKIM KAMPUNG BELANGA
Bank : BANK ISLAM
No Akaun : 0307 2010 1413 33
Sila masukkan perkataan "wakaf" pada bahagian reference bagi memudahkan proses agihan wakaf.
b. Wakaf Secara Online (Resit Wakaf Disediakan)
Dengan 5 Langkah Mudah Sahaja
1. Pilih pakej wakaf anda pada borang di bawah
2. Masukkan nama, emel dan no. telefon anda
3. Pilih perbankan dalam talian untuk pembayaran secara online
4. Klik butang “Teruskan ke Pembayaran”
5. Pilih online banking anda (Maybank2u, Cimbclicks, etc) untuk selesaikan proses wakaf
Sebarang pertanyaan boleh WhatsApp:
+6011-51448482
Admin
TETUAN JAWATANKUASA MASJID MUKIM KAMPUNG BELANGA