MASJID 31 TAHUN PERLUKAN BANGUNAN TAMBAHAN
Usia masjid yang sudah mencecah 31 tahun dan keluasan yang tidak mampu menampung jemaah memerlukan bangunan tambahan bagi membolehkan ibadah dilakukan dengan selesa.
Masjid Al-Ehsan Kampung Belanga, Mengkebang, Kuala Krai menjadi antara tumpuan penduduk setempat untuk menunaikan solat lima waktu secara berjemaah.
Bangunan sedia ada dapat menampung antara 300 hingga 400 jemaah pada satu-satu masa. Bagaimanapun, masjid tersebut tidak dapat menampung jumlah yang ramai terutama pada hari raya atau musim cuti persekolahan.
“Jadi, kami mengambil inisiatif membina bangunan tiga tingkat seluas kira-kira 18.3 meter x 21.3 meter di atas tanah berukuran kira- kira 0.071 hektar,”.
Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata,: "Seorang lelaki datang kepada Nabi dan berkata: "Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?"
Baginda menjawab:
"Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan berasa kedekut, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menunda-nundanya (sedekah) hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya)."
[HR Bukhari No: 1330. Sahih]
Jangan lepaskan peluang saham akhirat ini dengan berwakaf bersama dalam pembinaan Masjid Al-Ehsan Kg Belanga, Kuala Krai, Kelantan buat penduduk kampung serta manfaat masyarakat sekitar dalam menghidupkan lagi agama Allah Taala di atas muka bumi ini.
PILIHAN KAEDAH BERWAKAF BUAT ANDA
Anda boleh berwakaf sama ada:
a. Secara manual
b. Secara online di laman web ini - sila isi borang wakaf di bahagian bawah (resit wakaf disediakan)
a. Wakaf Secara Manual (Terus ke akaun bank Masjid)
Sekiranya anda ingin berwakaf secara manual terus ke akaun bank, di bawah ini kami sertakan maklumat akaun Masjid Al-Ehsan
.
Sila masukkan perkataan "wakaf" pada bahagian reference bagi memudahkan proses agihan wakaf.
b. Wakaf Secara Online (Resit Wakaf Disediakan)
Dengan 5 Langkah Mudah Sahaja
1. Pilih pakej wakaf anda pada borang di bawah
2. Masukkan nama, emel dan no. telefon anda
3. Pilih perbankan dalam talian untuk pembayaran secara online
4. Klik butang “Teruskan ke Pembayaran”
5. Pilih online banking anda (Maybank2u, Cimbclicks, etc) untuk selesaikan proses wakaf
Sebarang pertanyaan boleh WhatsApp:
+6011-58505764
Admin
TETUAN JAWATANKUASA MASJID MUKIM KAMPUNG BELANGA